“Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan suamiku pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang suamiku cari. Kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang. Bantulah suamiku ketika aku tidak mampu membantunya. Elakkanlah suamiku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hatinya kepada apa yang Engkau perintahkan.”

19 March 2013

Kronologi Bersalin


Assalamualaikum. ^__^
Ohh. Bersawang sudey ini blog. @___@
Maklum lah dah jadi ibu ni, masa tertumpu je dekat baby sorang.
Alhamdulillah, sejak bersalin, terasa lengkap hidup dell dan daus. Indahnya perasaan yang Allah berikan.
MUHAMMAD AFHAM FAYYAD BIN MUHAMMAD FIRDAUS
Nama yang diberikan kepada anak lelaki kami. Anak sulung kami. 
(eh, ada kedua ke nanti? kuikuikui)
Hampir 4 bulan dah dia, baru nak update blog ? cittt.
hehe. nak tau berat dia masa 3 bulan ? sudah 7.1 kg. 
BAIKLAH. 
Macam dijanjikan, dell nak ceritakan kronologi camane kami sama tarikh lahir nie. ^__^
Due date : 23/11/2012

22-11-2012 

9.00 am
dah otw weekly checkup kat KK Kepong. (Paling dekat dengan rumah)
Nampak macam hijau padahal kuning (signboard DiGi). Hubby takde, kena kerja sebab ada inspection.
Nak merajuk juga dia takde, tp tugas dia, nak wat camane kan. So, hubby bawa motor, dell bawak kete sendiri. (perut dah lapar..bla bla bla katanya)

9.15 am
Amik BP, 130/90.(okay kan ni, masih normal kan?) masa amik BP, 
nurse tanya "eh, pucatnya muka awak..takde sakit2 nak bersalin ke?"
Dell "xde pun, ok je.."
then dia cakap bagi seminggu lagi, kalau tak bersalin jugak, pergi hospital terus. pastu dia suruh relax2 kejap nak amik BP lagi sekali. 

10.15 am
amik BP, masih sama. 130/90. (eh, normal lagi tu) 
Nurse kate kejap, biakan dell termangu sorang. Tiba2 datang balik, 
"awak kena pergi hospital terus, bawak surat ni" 
Hah ?? Tak sakit, tak pecah ketuban, ape pun tak kena pegi ke ? 
"Ok lah, pergi sendiri ya"
Nurse, hubby mana ? "kerja, saya drive sendiri, tp takpe, sy boleh bawak kete..(senyum sumbing2)
Nurse, "TAK BOLEH ! (suara dah naikkan sikit nurse ni)" sama ada naik ambulans atau suruh suami jemput. sebab awak tak boleh drive ni. takut pengsan. muka pun dah pucat teruk"
Dalam hati risau biarkan kereta kat KK Kepong sebab haritu, ada kereta kena pecah walaupun dalam kawasan dia. Last2 tunggu husband. Hubby dah kelam kabut, cepat2 balik dari site dia kat sunway.
sementara tunggu suami, call la ayah, mak, ayah mertua, mak mertua, kawan2 cakap nak pergi hospital dah. Minta ampun atas dosa2 yang dell lakukan.

11.10 am
Otw ke hospital Selayang, singgah beli goreng pisang. LAPAR teruk dah ni. sian baby dalam perut. Lahap giler makan. Hahaha . T__T Hilang keayuan depan suami. 

11.20 am
Sampai2, terus pegi wad bersalin. Dia suruh buka baju sikit (nampak perut je..perut dah ada stretch mark..huduh..) then suruh baring, pasang alat yang boleh dengar heartbeat baby. Ok je, gerak2 manja gituuu.
dan mula lah soal siasat dengan 3 orang doktor, 3 orang nurse. Ramai kan. segan giler ohh.Nurse check BP, (auto) 152/90. Tinggi giler. check lagi guna manual plak.130/90 Aik, asal macam pelik, nurse tu check berulang kali. kejap manual, kejap auto. Fuhh. mana betul ni. sebab dua2 tunjuk BP yang tak serupa. 

12.00 pm
Dia tengok laluan baby. 2CM je. then, check BP. masih sama. tak teratur. -__-
tunggu lagi. sampai zohor terlepas. sob sob.

3.00 pm 
belum buka, belum sakit. cek BP, sama lagi. hubby kat luar. henpon sume kat dia.

4.00 pm
Tiba2 seorang doktor lelaki datang.
"Puan, puan tahu tak puan kena emergency cesarean?" hah ???what ??
"tppp, saya tak sakit lagi pun. boleh tunggu lagi kan ?"
"Puan punya jalan tak buka lagi, then muke puan pucat. BP puan kejap naik kejap turun, Kami takut puan kena sawan " dah start nangis dah. masuk pula sorang doktor. bagi advice. dan masuk lagi doktor bersama nurse2. 
nak tengok ibu bunting nangis gamaknya. haha.
masa ni air mata dah macam hujan. Dell siap jerit nak suami. Dengan pantasnya hubby masuk. pujuk. ngadu kat dia doktor nak operate. hubby cakap dia tau dan dia izinkan sebab nak selamatkan dell.
doctor dan nurse2 tinggalkan kami kejap. Dell beria2 nangis even doktor dah pesan jangan nangis sebab takut BP naik mendadak. 10 minit lepas tu, ada sorang doktor masuk. dia kata boleh tunggu. dan fuhh. lega.. memang impian nak bersalin normal. -__- 

4.40 pm
sorang doktor india masuk. (specialist dia). suh hubby keluar, dan mula nasihat untuk kebaikan ibu dan baby. Takut baby lemas. lagipun, kandungan dell dah matang katanya. dan kemungkinan besar dell akan kena sawan. huhu. (last2 baru kena). At last, dell setuju di operate demi BABY.

5.00 pm
Siap sedia nak ke bilik bedah. masuk ruangan menunggu pembedahan dijalankan. masa tu air mata asik mengalir je walau tak deras. hubby duk je sebelah. sementara menunggu tu, mak mertua masuk (lupa nak minta maaf kat dia T___T). Masuk, cium dahi dell. katanya, takpelah, nak buat camane kan. janji delina sihat, baby pun sihat. T___T nangis lagi.

6.30 pm
otw masuk bilik bedah. Hubby not allowed to come in. (waaaaaaa.....)
ramai gile dalam bilik bedah. Masa dia suruh dell duduk, dell dah nak pitam dah. Tapi dell kuatkan semangat demi baby. Then dia cucuk ubat bius kat pinggang sampai dell tak rase apa2 separuh badan . Masa ni air mata keluar lagi. Bila nak berenti tak tahu la.

7.21 pm
Keluar la MUHAMMAD AFHAM FAYYAD BIN MUHAMMAD FIRDAUS seberat 3.55kg (ada hati nak duduk perut ibu lg yeee. ^___^)
Masa ni memang dah berjurai2 air mata. Syukur Alhamdulillah, walaupun bersalin secara pembedahan, Dell bersyukur anak sihat dan sempurna fizikalnya. ;)

Pembantu kat situ bersihkan baby, bawak kat tepi dell, tanya:
''Ni anak lelaki ke perempuan'' (errrr..masih nampak lagi kot bile dia tanya soalan yang super duper susah ;p)
Terang2 boboi. haha.
Jawab dengan cepat "LELAKI"
Dia bagi dell cium (wangi okkaayyy), terus bawa keluar bagi hubby azan kan.

9.00 pm
tak boleh tidur. muke gatal2 efek ubat bius kot. masih sedar lagi.

9.30 pm
keluar dari bilik bedah, bawak kat wad kelas 1. nampak baby. hilang duka hati.
ohh. nangis lagi.

SYUKUR YA ALLAH. Tak ternilai anugerah yang DIA berikan pada kami berdua.

ok dah habis. hihi. ^___^

Sedar tak sedar, Afham dah hampir menginjak ke 4 bulan. Tulang keras betul. Alhamdulillah, mungkin berkat dell minum susu sekotak besar sehari.
Baru 2 bulan, dia dah boleh angkat kepala.

Masa ada rambut lagi. Day 7.
Masa photoshoot Afham 2 bulan 2 minggu.


1st month - 4.8kg
2nd month - 6.2kg
3rd month - 7.1kg
4th month - entah berapa la berat si wangi ni.

Dell amalkan minum set shaklee. Siap jual lagi. Heehehe. Mari2. Nak tau price istimewa, meh email dell meh.
FB : Kedai Ibu Dell (baru operasi, belum update sangat)
ID Shaklee : 881560
Dapat free gift lagi. 


Regards,
Dell

17 comments:

  1. Wahh..memang tulang keras betul..anak kita da 6 bulan kepala tak berapa nk tegap.. :(..Minum susu kurang kot..sadis je,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. @asz MIza, keras dia sampai tak boleh dok diam. ;)

      Delete
  2. wooo bestnya siap buat potoshoot lg..comel gebus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha . saje. dapat photoshoot murah. lagipun badan budak ni dah keras. susah ler sikit nak mengawalnya.

      Delete
  3. lebih kurang sebaya la anak kita.. sama la dalam 2 bulan, kepala dia tegap je..kita yang risau mula-mulanya.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha . kan. cepat je. hihi. terguling dah dia .

      Delete
  4. comeinyer baby.. baca kronologi bersalin ni jadi takut pulak.. sy due date 01/05 ni, huhu~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe . tak mau takut. doa banyak2. moga dipermudahkan ye.. ;)

      Delete
  5. alaa..cuak gak bace entry ni.mane x nye,tetibe je doc ckp kena operate kn..kte punye la harap dpt bersalin normal..mcm dya ni,tgh ade prob gk..tp doc dh bgtau kalo prob ni x settle b4 due date,kne operate..so,dpt la nk wat persediaan mental n fizikal awal2 kalo operate..huhu.tp harapnya bersalin normal la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 ye d-ya. ;) nak tau, set bersalin dell beli tak gune pown. huaaa.
      moga d-ya dipermudahkan. ;)

      Delete
  6. alahai comelnya gambar photoshoot tu u. mesti sedih hubby tak boleh masuk dalam kan teman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih memang sedih cha. tp nak buat camane . redha je la. ;)

      Delete
  7. Geramnya tengok. Shomell sangat. Apa maksud nama tu yunk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksunya yang bijak dan murah hati.. ;) hehe..

      Delete