“Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan hidup aku & keluarga pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang kami cari. Kuatkanlah kasih sayang kami sekeluarga.. Bantulah kami ketika kami tiada daya.. Elakkanlah keluargaku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hati kami kepada apa yang Engkau perintahkan.”

26 April 2020

Anxiety attack~

Assalamualaikum..

Blog ni.. dah 8 tahun berlalu..
Bila baca balik post lepas2, make me think.. is it me ?

Maybe aku terlalu banyak ikut perasan..
I am 30 years.. ya, 30 tahun, lebih dari suku abad..

Aku takde good memories..

Sejak akhir2 ni, aku diserang anxiety..
aku selalu diserang dengan kata2 ku sendiri..

I was crying, realized about my past.. full of sins.

Allah.. Allah..
Aku banyak berdosa..

in fact, to my parents, to my family in law.. dan lebih-lebih lagi pada suami aku..

kerap kali aku suruh dia kahwin lain..

Aku seolah2 ada tarikan untuk dibenci, walaupun aku tak tahu apa dia..
aku hilang hormat, sebagai seorang kakak..

nah. lebih baik aku berdiam diri..

Aku tahu, bila aku post ni.. pasti ada yang sampaikan pada mertua..
whatever it is..

aku bukan lah jenis suka bercerita pada keluarga tentang masalah keluarga..

aku buas, panas baran..
aku protective.. kpd anak2 aku.. anak salah, aku takkan backup..

tapi aku pantang bile orang tegur anak2 dalam keadaan menjerit..

you want to educate my kids, jangan jerit2, aku tak suke. budak2 tu belom pekak.

pernah ke tengok aku jerit ke anak orang?

mungkin sebab ni, aku jadi pendiamm..
aku perasan, orang lebih2kan anak orang dari anak aku..

tapi aku xkisah..

i was remembered, paling aku tak leh lupe..

1st situasi:
Anak aku Fayyadh, datang dengan salah seorang "M** N*** dia, dia pun cakap.. depan aku ni..
"M** N***! M** N***! M** N***! Fayyadh buat ni, cantik tak?

Depan aku, kau cakap dekat anak aku, "Eleh, BUKAN PANDAI PUN"..

DEPAN AKU... AKU IBU DIA.. ANAK AKU masa tu 5TAHUN, tak tahu apa2 sangat.. kau cakap camtu? kau perkecilkan anak aku, lepas tu anak buah kau yang lagi satu kau puji2...

Nampak tak aku sebagai ibu takkan lupe apa kau cakap?

2nd situasi:
anak aku masa tu mengamuk.. tak tentu pasal..
**B**** aku, dia cakap depan semua orang... "eee dia ni selalu buat perangai macam ni...""

I was like? knp kena cakap depan semua orang? sedara mara semua..

3rd situasi:
FB yang aku keluar duit utk boost, suddenly remove aku as admin...
FB tu aku buat tau.. kau cakap dah bincang adik beradik.. tp tanpa aku dan suami aku?
Adil ke?

Banyak lagi situasi korang buat sampai aku jadi macam ni..
Aku tak pernah lupe.. sebab mcm ni la, aku takde hati nak g sana.
Aku jadi stranger to family..

aku rindu mertua aku.. aku rindu nak kemas rumah dia.. tp bile semua ada kat situ..
i dont feel comfortable at all..

sebab ini gak, aku ada anxiety.. aku takut tak sempat minta maaf pada mertua... sbb tak jaga dia, sebab dah lama tak jenguk mereka berdua..

Aku fikir, camane aku nak lupe semua situasi ni..
Adakah aku kena beralah, walhal takde sorang pun minta maaf kat aku?


Allah, jadikanlah aku orang yang boleh melupakan perkara2 tak baik..
jadikan aku pemaaf.. sesungguhnya Engkau lah maha Pengampun..

Mesti terkejut.. aku dah lama hilangkan diri, tak berblog. tibe2 megadu cam ni..

biarlah... Allah knows best.

Regards,
Delina












08 August 2018

Blog bersarang. ;p

Assalamualaikum.

Waah.. gitteeewww.
Lama gila tak berblogging.

Busy nokkss. Kemurungan takde masa utk diri sendiri. ;p
Rindu nak berblogging.

Anyway, sejak jadi mak anak 3 ni.. and bakal menginjak ke 30-an, aku banyak mendiamkan diri supaya mulut tak lebih jahat.

Aku banyak uruskan family aku berbanding orang lain.

Minggu depan tambah lagi satu, aku jadi seorang mahasiswi.

Berkarat otak ni tapi demi impian...

Ada ke baca diari aku ni. ahahahaha.

ok, nanti aku sambung dalam post yang sama k. hehe.


08 April 2014

Emas Sri Penang - Promosi B2B

Asslamualaikum..

Untuk BCARD members.

Sah sehingga  14 April 2014

Camane nak dapatkan BCARD ni.. Pegi chatime jer.. ;)


13 February 2014

Dugaan - Suami & Anak ~ Allahuakhbar !!


Assalamualaikum.
Maaf tak online~
Emm, mula2 suami disahkan ada paru2 berair.. Alhamdulillah, beransur pulih dan masih kena buat checkup lagi.


Dan last week, Afham kena jahit kepalanya sebab jatuh.



biar gambar menceritakan semua ya~

Regards

06 December 2013

Review Wedding - D.I.Y Brooch Bunga



Hi U olls.
YEAY ! good news. Dell dapat sebahagian gambar dari memori yang dah korup. 
Dapat la wat review wedding walaupun almost 2 years dah dari majlis kami. Hehe.
Okeh, ni DIY untuk bride maids dell hari tu. simple je. 

1) Amik dua kain felt berwarna. suke hati nak warna apa tau.


2) potong seprti kelopak bunga (2 size berbeza). Boleh ikut size yang u'oll nak. 
Macam ni Dell buat besau2. 
1 size besar untuk kelopak bahagian bawah, and kelopak kecil buat size kecik sikit.


3) potong pada 5 kelopak besar, 5 kelopak kecil. tapi ikut korang nak berapa banyak keliopak bunga. ;)


4) Satukan tau kelopak size kecil dengan kelopak besar. 
kelopak besar kat bawah, kelopak kecil kat atas.
ambil benang dan jarum, amik hujung kedua kelopak tadi, 
cantumkan. buat cam dalam gambar.



5)  Jahit bersama2  5 kelopak tadi, bentuk seperti bunga. 
Jahit kemas2 dan pastikan kesemua hujung tu dicantumkan dan diikat mati.


6) Ambil la manik ke, batu permata ke atau brooch yang tak pakai, gamkan letak kat tengah2 kelopak bunga tu  macam gambar kat bawah.



Last sekali, boleh guna penyepit rambut atau pin , letak kat belakang bunga tu. Gamkan kemas2.
(takde gambar, huhuhu)

TARAAA..DAH SIAP POWN. 

Bunga ni boleh dipakai sebagai brooch ke, corak2 kat baju ke. hehe.

Dell dah pun buat review untuk bridemaids ni. Korang boleh pergi ke link bawah:


Regards