“Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan suamiku pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang suamiku cari. Kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang. Bantulah suamiku ketika aku tidak mampu membantunya. Elakkanlah suamiku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hatinya kepada apa yang Engkau perintahkan.”

30 November 2011

Doa Pengantin. ;D

Assalamualaikum kawan-kawan !
^____^
Sebelum tu :

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan
dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya
untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman
hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai.

B, khas untuk kau nieh !
Dan selagi lagi, minta maaf sesangat . ;( 
Terasa cam kerja makin banyak day by day . 
sempat blogwalking je . T___T
Tak pe lah. Dell cube gak update okay ?
Baiklah.
Kali ni Dell tertarik nak berkongsi pasal doa pengantin . For sure lah, every kad kahwin, mesti ade doa pengantin ! haisshhh . Macam2 Dell bace and cari maklumat, ayat apakah yang sesuai ?
Orang cakap, 
ape kite cakap tu dah kire doa . 
Kire Dell advance la kot nak bagi orang bace panjang2 . 
haha. ^__^

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya,
bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki),
isteri-isteri dari jenis kamu sendiri,
supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya
dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri)
perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan
(yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21


Bawah ni simple je wat para tetamu yang hadir, 
setiap kali datang, orang akan cakap :

 Aminn . ^__^
Then, Dell tertarik dengan satu blog dari Indonesia tak silap . 
Sungguh2 amin . harap berkekalan ler hendak nya . 
Sebab panjang sangat, Korang klik je blog "
Bergerak Dinamis Tanpa Henti
Memang ayat dia mencucuk2 sanubariku . ahaks . 
T___T
 selamat ya sama kamu . (aha, ngade2 cakap orang seberang).
Semua Doa yang Dell kumpul amat lah indah bait2nya yang turut digunekan segelintir pengantin untuk dicetak di atas lukisan cinta mereka(ayat dah start jiwang T___T). Jom kite tengok :

Doa 1 Untuk Pengantin

Ya Allah,
berkatilah majlis perkahwinan ini,
limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini,
(nama pengantin) dan (nama pengantin).
Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah.
Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat
dan
sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.

Doa 2 Buat pengantin 
"Ya Allah Ya Tuhanku,
seandainya telah kau catatkan dia milikku,
tercipta buatku,
dekatkanlah dia padaku,
satukan hatinya dengan hatiku,
titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi.
Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih,
seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera,
sepertimana yang Engkau kehendaki."
~ Amin Ya Rabbal 'Alamin ~

Doa 3 Untuk pengantin

" Ya Allah
Satukanlah hati kedua mempelai ini
seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa,
Yusuf dan Zulaikha
dan
seperti Engkau satukan hati
Muhammad SAW dan Siti Khadijah.
Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua
kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “

Doa 4 Untuk Pengantin
“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu,
Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu
kepada pengantin suami isteri.
Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan
dari permulaan hingga pengakhirnya.
Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu,
kurniakanlah keduanya ketenangan,
kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu.
Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan
hingga ke akhir usia
dan
kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah.
Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah
keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -

Doa 5 Untuk Pengantin
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kurniakan Rahmat Kepada (pengantin)
Suami Isteri Agar Kekal Abadi,
Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga,
Sihat Walafiat,
Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia
Dengan Mendapat Zuriat Yang Soleh
Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar
Nabi Muhammad SAW.
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

Doa 6 Untuk Pengantin

Ya Allah,
sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu,
bertemu di atas ketaatan kepadaMu,
bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu...
Maha Suci Engkau,
perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini,
limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini.
Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu,
sesungguhnya padaMu kami berserah
dan
tempat kami memohon pertolongan “
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

Doa 7 Untuk Pengantin
Ya allah ya Tuhan kami,
kurniakan rahmat kepada (pengantin) suami isteri
agar kekal abadi,
aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga,
sihat walafiat,
dimurahkan rezeki
dan
dilanjutkan usia
dengan mendapat zuriat yang soleh
serta
mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad saw.
~ Amin ya Yabbal Alamin ~


Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan
puterinya Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib
"Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya,
memberkati mereka berdua
dan
kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka
menjadi pembuka rahmat,
sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat "


Entah kenapa, Dell rase nak amalkan Doa yang Dell buat sendiri. Bahasa Melayu je .

Ya Allah..
Yang maha Pemurah lagi maha Pengasihani..
Andai sudah terpatri di Lohmafuz sana bahawa aku adalah miliknya,
Kau satukanlah hatinya dengan hatiku..
Kau satukanlah jiwanya dengan jiwaku..
Kau peliharalah ikatan suci ini dengan cahaya petunjuk-Mu..
Kau limpahkanlah kasih sayang kami hingga ke akhir hayat..
Kau temukanlah cinta kami dengan kasih sayang-Mu..
Perteguhkanlah apa yang di bina dengan redha dan maghfirah-Mu
Berikanlah kami zuriat yang soleh dan solehah..
Jadikanlah kami taat dan patuh pada ibu-bapa kami Ya Allah,
sesungguhnya Engkau tempatku memohon dan berlindung..

Ya Allah..
Berikan lah cahaya petunjuk-Mu kepadanya agar dia bisa menjadi suami yang beriman dan mampu memimpinku ke jalan yang benar..
Jadikanlah dia pelindung di saat diriku dalam kesusahan..
Jadikanlah dia teman berhibur ketikaku berduka..
Lapangkanlah dadanya agar dia bisa beribadat kepada-Mu..
Tegarkanlah hatinya dengan penuh keinsafan..
Jadikanlah kami kekasih  yang saling mencintai..
Jadilahlah kami pasangan yang saling menyempurnakan ibadat kepada-Mu..
Jadikanlah kami kekasih yang bisa mengharungi takdir-Mu Ya Allah..
Segarkanlah ingatan kami agar tidak alpa dengan kemewahan dunia..
Ya Allah..
Panjangkanlah jodoh kami Ya Allah..
Sesungguhnya, Engkaulah Maha Pengampun dan Maha Penyayang..

Aminn .
Menangis sambil taip . T____T
Harap2 Moga kekal ke akhir hayat ye kawan2 . Doakan Dell dan Daus bahagia hingga ke anak, cucu, cicit.. wah, belom kawen dah pk pasal cicit !!
Haha . 
Baik lah . 
Jumpe lagi Kawan2 !!



3 comments: