“Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan hidup aku & keluarga pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang kami cari. Kuatkanlah kasih sayang kami sekeluarga.. Bantulah kami ketika kami tiada daya.. Elakkanlah keluargaku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hati kami kepada apa yang Engkau perintahkan.”

24 May 2012

Cerinta INDAH . ;)


[ Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ]
Assalamualaikum kawan2 ! ^__^
Mungkin agak lama dan lapuk baru nak cerita . T__T (ayat kena simpati ?)
Tapi nak cerita jugak sebab memang nak cerita tapi tiada kesempatan. Tepuk dahi sendiri.
Baiklah.
Dell mulakan dengan cerita macam mana keterujaan keterlampauan (betul ke ejaan ni ? )
1st day period sebelum kahwin adalah 19.02.2012. Period normal, standard 5-6 hari. (Tapi selalu lewatkan sehari takut ada baki2 terakhir..pap! (sejujurnya malas T__T)) last period : 25/02/2012
Jadi, sepatutnya period dah hadir ketika 18/03, 19/03, 20/03 atau 21/03 dan lebih2 sehari dua sedikit tu, biase la kan..
03/03/12 – sah jadi milik husband sekali lafaz.
Minggu pertama selepas jadi isteri, rasa normal dan bahagia . ^__^
Minggu kedua, entah kenapa menanti datang untuk tidak period. Dell macam excited sangat, terus guna pregnancy test yang ada orang bagi masa kawen sebagai hadiah. (amboi, perli sungguh. Haha, tapi ada kegunaannya kan) – (pic 1)

 
Tapi rase sedikit disappointed sebab hanya satu garisan je keluar menandakan dell tidak pregnant.
Dah hampir 3 minggu kahwin. Hubby cakap, takpelah. Maybe Allah bagi rezeki lambat sedikit.
Lepas tu, 2 – 3 kali jugak dell cube dengan beli pregnancy test harga RM5.90 di Watson. Hasilnya buat lagi2 kecewa.
Hari Jumaat (23/03/2012), dell cube lagi sekali sebab rasa date period dah overdue (baru lewat 2 hari period tapi tak putus asa)  – tengah lunch hour masa tu. Keluar kejap beli pregnancy test lagi . balik je, dell terus cube kat tandas opis.
Hasilnya,  (2nd pic) Alhamdulillah !! Dell pregnant. Rase cam tak caye, awal sangat pun ada (dah dikire bunting pelamin nieh) Jelas dan terang kan?. Niat hati terus nak mesej daus berita gembira ni, tapi nak suprisekan dia dulu.
Sepanjang petang bekerja tu, dell bersemangat kerja. Senyum je memanjang cam orang tak betul. Kepala dah ligat cari idea nak suprisekan suami. Ingat nak balik lambat, last2 dell balik sharp 5.30 pm and terus pergi Sunway Pyramid. (dekat dgn opis) .
Idea : belikan husband baby shoes. Bungkus cantik2 . (Kat jusco Sunway)
Balik rumah, husband balik lambat. Tunggu punya tunggu, pukul 7 lebih dia sampai. Dell dah siap mandi and pakai cantik2. Lepas tu,terus bagi hadiah. (3rd pic) Berikut conversation ringkas Dell dan suami ;


Daus : hadiah apa ni ? anniversary lambat lagi, birthday abang pun bulan 4.
Dell : bukak le . jangan banyak tanye (dalam hati mcm merajuk sket sebab dia balik lambat)
Daus buka dan terus cakap ; “serius?”
Dell : angguk dan senyum.
Daus terus peluk dell kuat2, dan cium dahi. ;) dia cakap syukur, Allah bagi rezeki awal.
Daus turun bawah, and cerita kat adik beradik dia. Adik perempuan dia cakap, pergi klinik dulu. Confirmkan betul2.
Lepas isyak, Dell dan daus siap2 nak pergi klinik. (excited bebenor)
Sampai je klinik, Alhamdulillah, takde orang dan mempercepatkan ketidaksabaran daus.
Jumpe doctor, malu2. Cakap period tak datang lagi. Doctor tanye nak buat urine tak, daus terus setuju (macam dia mengandung. T___T).
After gune pregnancy test tu, doctor tak Nampak double line . Tunggu lagi 5 minit. Hati dah resah betul ni, tertanya2 betul ke pregnant. Lepas 5 minit, doctor cakap MACAM ada. What ? kenapa ada perkataan “MACAM” tu ? 
husband pergi tolong tengokkan. Daus tengok, cakap ADA. Tapi memang tak jelas sangat . betul2 samar (Gambar). Dell dah was2 dengan doctor ni. Dan tanye dia last sekali, dell pregnant ke tak . dia cakap, dah. (kalau tak dah hempuk dah doctor ni). Dan SAH, dell hamil 5 minggu walaupun baru 3 minggu kawen. 
Nota : tak bagi ubat apa2 pun (hati dah hangat sket) @__@
Hati masih syak wasangka lagi, pregnant ke tak sebab bila doctor dah cakap “MACAM” tu, dell tak letak harapan tinggi sangat. Hubby pujuk, katanya, cuba lagi pagi esok. (nasib ada daus yang menenangkan hati Y__Y).
Esok pagi cuba lagi, dan hasilnya, double line yang sangat terang. (Lega betul)

Cuba lagi keesokkannya, pun double line yang jelas . Kali ni sangat2 lega. ^__^
03-April-12, Malam tu jugak cari klinik pakar sakit puan. Siap scanned lagi, betul2 SAH. Hati rase teruja sangat.
Doktor sangat soft bile dia explain dan selesa . kat Damansara Damai. KLINIK DR NORMAH







Scan yang pertama, due date 26-Nov-12. Dell mengadu sedikit cakap perut sakit. Jadi, doctor buat urine test untuk kesan kencing kotor ke tak . Memang benar, dell kena kencing kotor yang teruk. Sebabnya, kurang minum air atau tahan kencing. Dan sempat mengadu juga doctor kat kepong tak bagi apa2 ubat.
Dah selesai semua, dell dapat asid folic..vitamin..dan ubat kencing kotor. Mahal sket rasenya, tapi puas hati dengan layanan doctor tu.  Balik tu, lepas makan, husband paksa minum ubat kencing kotor, Allah. Sedikit rase seksa sebab rasenya sangat kelat. Lepas tu, tobat tak minum air lagi.



Kali kedua scan baby (Gambar), 29/4 sedangkan temujanji 3/5/12 . excited sangat agaknya.
Doctor bagi vitamin lagi, dan sekarang usia kandungan dah 3 bulan 1 minggu 2 hari.











P/S : Classmate dulu dah pregnant anak kedua. Dell ?

Regards,
Dell

12 comments: