“Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan suamiku pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang suamiku cari. Kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang. Bantulah suamiku ketika aku tidak mampu membantunya. Elakkanlah suamiku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hatinya kepada apa yang Engkau perintahkan.”

10 September 2012

Susu untuk Ibu mengandung

Assalamualaikum. ^__^
Maaf lama tak update dgn u'olls . cuti berayaa. ;) sebagai ganti 2x Jumaat, Dell buat entri hari senin wokeh ? ;) Esok entri kedua . Dan Jumaat ni akan mula balik. :)
Entri : SUSU Untuk Ibu Mengandung !


 

Susu ni susu first dell minum. Orang cakap bagus, but tekak tak boleh masuk .
Last2 buang je . Boleh tahan juga harga dia . dekat RM 40 satu tin. Skg ni try carik coklat punya perisa. Tapi susah benor nak jumpa. 

Susu Dumil . Tak pernah beli. Hihi . Saje promote. Price dalam RM20++ lepas survey. 
Orang cakap rasanya manis. @__@


Pun ta penah cuba lagi. Price plak RM50++. Ada perisa coklat & Asli. 
Paling mahal la rasenya. wuuwuuu. T___T


Ni susu Mamil . Rase cam aiskrim. Price dalam RM30++


Susu ni ramai doktor suggest. Cari2 pun susah jumpe. T__T
Price dalam RM40++. Cuba la try.


Ni tak pernah jumpe. Macam ada banyak kat pasaran Indonesia. 
Price pun unknown. 

Friso ni disugggestkan oleh Kak Long dell. katanya sedap. 
Nanti nak cuba ler. :) Price RM40++ .

Tapi, Dell kurang gemar dengan susu tepung ni . Sob2. kadang bila datang kemalasan, jerang air pun tak mahu. Sian anak ibu.. T__T Cuma ada satu susu tepung yang memang dell amalkan sejak muda remaja lagi. Mak yang ajar minum. Jenama Nestle. Sedap. Harus cuba okay ??

SUSU EVERYDAY


Jadi, bile dah malas2 ni, dell amik inisiatif lain minum susu yang dah ready untuk di minum. 

Bawah ni susu Goodday. Feveret. Mavelous. Bagi 1 botol besar pun boleh habis. ^___^
Price RM8.90 sekotak besar. 


Susu HL ni kureng sket kecuali perasa coklat. Tapi kalsium dia tinggi. 
bagus untuk tulang ibu-ibu.
Price : RM5.90 sekotak.



Low Fat Milk dari Nestle. Sedap juga. Paling murah dell penah beli.
RM4.10 tak silap.



Yang Ducth Lady ni, boleh jadi minuman harian. hehe . Selalu minum.
Masa pergi Gomen hospital, dia suruh amik yang Fresh Milk (Hijau).
Katanya takde bahan pengawet. Price kotak kecil RM1.90 je. 



Haa . Cukup tak info ? ^__^

Berikut ialah nutrisi yang terkandung dalam susu-susu ni.


1.  Protein
Ibu mengandung perlu mendapatkan 60 gram protein setiap hari untuk membantu dalam pertumbuhan tisu. Selain dari susu, protein juga boleh didapati dari ikan dan makanan laut, ayam, itik, lembu, telur, kekacang dan bijiran. (Bagus ambil yang ada hitam kat garisan tengah2 ikan tu, sebab kaya dengan protein)

2.  DHA (Asid Dokosaheksanoik)
DHA adalah penting untuk perkembangan otak untuk bayi anda.  Pakar menasihati ibu mengandung perlu mendapatkan pengambilan DHA sebanyak 300mg sehari setiap hari.  Selain susu, ia juga boleh didapati dari telur, organ dalaman binatang, limpa dan ikan.


3.  Asid folik

Pengambilam asid folik yang mencukupi setiap hari iaitu 600mcg, terutamanya sebelum kehamilan dan di peringkat awal kehamilan dapat mencegah kecacatan tiub neural (NTDs).  Ia jug aboleh didapati dari jus oren, sayuran hijau dan bijirin.


4.  Zat besi

Zat besi adalah komponen utama untuk hemoglobin, bahagian darah yang membekalkan sumber oksigen kepada anda dan bayi anda.  Jumlah zat besi yang disyorkan adalah 27mg setiap hari.  Ia mampu mencegah masalah anemia iaitu kekurangan darah merah.  Zat besi juga boleh didapati dari daging lembu, organ dalaman binatang, kekacang dan bijirin.


5.  Kalsium

Kalsium adalah penting untuk memenuhi keperluan pertumbuhan janin iaitu untuk penghasilan tulang dan tengkorak serta untuk mengekalkan penghasilan susu badan. Membantu juga kuat2kan tulang ibu. 


6.  Zink

Ibu perlu mendapatkan bekalan zink yang mencukupi untuk mengelakkan kecacatan tiub neural (NTDs)dan kelahiran dengan berat badan rendah.  Ia juga boleh didapati dari makanan laut, limpa dan daging lembu.


7.  Vitamin dan mineral

Buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan sumber vitamin dan mineral yang baik.  Ibu mengandung memerlukan sekurang-kurangnya satu hidangan buah-buahan sitrus dan satu hidangan sayuran hijau atau kuning setiap hari.

Hope membantu u'olls ye. ^__^
Btw, untuk ibu2 yang tengah cari hospital, dell tgh bukak satu blog pasal hospital ni. senang nak cari je.
Klik gambar ye . Rajin2 follow tawww.



Regards,
Dell

Source : Google 

2 comments:

  1. at least u boleh jugak minum susu kotak tu i langsung tak boleh minum susu walaupun ada perisa coklat ke strawberry ke memang takla i nak minum huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo tak boleh, cube letak dalam minuman berjus . Haaa . :)

      Delete