“Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan suamiku pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang suamiku cari. Kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang. Bantulah suamiku ketika aku tidak mampu membantunya. Elakkanlah suamiku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hatinya kepada apa yang Engkau perintahkan.”

11 September 2012

Ubat Gigi Ibu Hamil

Assalamualaikum gegurls and bobois. ^___^
As promises yesterday, hari ni ada satu entry juga. 
Alhamdulillah. Baby dah mula asik menendang. Maknanya dell tahu dia sihat. ^__^
Baiklah.
Kali ni nak cerita pasal ubat gigi untuk ibu hamil. Lame juga dell carik sebab pergi kebanyakan Farmasi takde. Try cari Guardian and Watson pown tak jumpe. Dalam hati, pakai je la ubat gigi Colgate biase. 
Satu petang tu, ajak ler kesayangan pergi Mydin Selayang. Tengah dok survey2 shower cream, terperasan lak ada Maternity Toothpaste. Brand PUREEN.  Setakat ni Dell tak penah google jumpe jenama lain selain dari Pureen. -__- Memang takde saingan dari syarikat ubat gigi lain kot. 

Price : RM6.90 je untuk 130 gram (Nama pun beli kat Mydin kan)


My View :
1) Mula2 rase memang tak sedap. rasenya ubat gigi biase lebih sedap. Lame2 dah biase.
2) Rase berbaloi jugak la sebab ingat mahal. Tapi below then RM7. Ada survey sampai RM7.90 . 

Rase dia macam ade iras2 Himalaya toothpaste mase dell pakai hidup bujang dulu.
Ayah beli bagi free. hehe. Tapi Himalaya ni ada rase herba2 sket.

Kebaikan maternity toothpaste ni ialah :

Ubat gigi ini juga mengandungi tiga kali ganda calcium dan phosphate, tambahan 8% xylitol dan 2.1% Sarcosinate.


Kalsium dan fosfat
Kalsium dan fosfat merupakan ion yang penting untuk pemineral enamel untuk mengekalkan gigi yang kuat dan mencegah kerosakan gigi. Dwi kalsium fosfat dihidrat juga berfungsi membersihkan dan memutihkan gigi.

Xylitol
Xylitol merupakan sejenis pemanis semulajadi yang terkandung dalam serat buah-buahan dan sayuran termasuk buah beri, kulit bijirin (Contohnya gandum, barli, jagung, ot) dan cendawan.

Xylitol mencegah kerosakan gigi dengan :-

  1. Mengurangkan ‘Streptococci mutans’ dalam air liur dan plak.
  2. Meransang rembesan air liur yang meningkatkan pH plak dan meneutralkan asid yang terhasil daripada penapaian karbohidrat dalam diet kita. Air liur juga mengandungi mineral seperti kalsium dan fosfat.

Sodium Lauroyl Sarcosinate
Sodium Lauroyl Sarcosinate merencatkan enzim yang menguraikan gula menjadi asid. Ia juga merencat pertumbuhan bakteria yang menyebabkan nafas berbau.




Boleh jadi keburukan kot. -__-

1) Fluorida :

Menelan florida yg berlebihan boleh merosakkan sel pembentuk enamel gigi atau dikenali sebagai fluorosis gigi. Gigi demikian mempunyai kesan pelunturan warna yang nyata, kesan putih legap, keperangan atau hitam.

Kajian terkini oleh Universitty of South Florida menunjukkan pengambilan florida semasa hamil berhubungkait dengan ketidakupayaan pembelajaran sebanyak 1% setiap tahun di kalangan kanak-kanak. Mengikut US National Research Council, florida berupaya mengganggu fungsi otak.

Menelan fluorida yang berlebihan boleh menyebabkan muntah, kekejangan perut dan loya kerana ia bercampur dengan jus gastrik untuk merengsakan perut dan usus.

Keracunan fluorida yang kronik boleh mengakibatkan fluorosis tulang. Gejala fluorosis tulang adalah sakit sendi, kekejangan, pergerakan yang terhad dan jika terlalu teruk boleh menyebabkan kecacatan.

2) Lauril Sulfat :
Sodium lauril sulfat merupakan bahan cuci dan penggalak buih yang terkandung dalam ubat gigi biasa. Ia boleh mengakibatkan ulser mulut kerana ia mengeringkan membran berlendir yang melindungi mulut.

Ubat gigi yang tiada bahan ini sesuai untuk mereka yang bermulut kering. Mulut kering boleh disebabkan oelh tekanan, pengambilan ubat dan kekurangan vitamin. Gejala mulut kering termasuklah gusi berdarah dan sakit, bibir merekah dan nafas berbau.

3) Sakarin :
Sakarin disentesis daripada tar batu arang. Ia menyebabkan kanser pundi pada tikus jantan. US Evironmental Protection Agency menganggapnya sebagai karsinogen. Ia boleh menyerap masuk ke dalam plasenta dan mempengaruhi fetus.


Hah. Dah, cukop tak ? ;)

Regards,
Dell

P/S : Klik gambar and follow okay ! ^__^

Source : Pureen & Google


4 comments: