“Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan hidup aku & keluarga pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang kami cari. Kuatkanlah kasih sayang kami sekeluarga.. Bantulah kami ketika kami tiada daya.. Elakkanlah keluargaku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hati kami kepada apa yang Engkau perintahkan.”

06 May 2011

Checklist please ! - NIKAH

Tajuk kali ni penting sebab apa ? Sebab dell kena merancang segala perbelanjaan untuk perkahwinan . bile tengok b2b lain , Dell rase cam Dell dah terlewat lak . kira last mini la . adeh . bole jadi gile rasenye . :( tapi ta pe. tak boleh panik . so, Dell dengan rasa tidak senang hati cube buat list dan bajet . hmmm . agak menakutkan juge lah amount yang ada . So, perancangan yang Dell dan Daus ialah, kami akan mengadakan 1 majlis pernikahan dan 1 majlis persandingan. So, disebabkan Dell orang Johor, Dell kena buat kat kampung. Kalau ikut perancangan asal ada 2 majlis persandingan . Tapi disebabkan bajet agak la lari kan, so buat satu majlis . Jadi setelah berbincang dengan Daus, kami kena buat perbincangan dengan mak dan ayah kami. dan keputusannya :

MAK TAK BAGI !!!

katanya kat kampung kena buat. majlis persandingan . Mak ayah Daus setuju je. Kalau boleh nak lagi cepat2. so, yang Dell terkilan, Dell and Daus cube nak tengok bajet. Still tak boleh gak . Sebab apa yang kami pentingkan ialah nikah sahaja . Supaya menjadi halal antara kami . :( Dell tak bincang dengan ayah lagi, tapi Dell tahu, ayah mesti bagi punya . so, Dell kena bincang dengan mak elok-elok. Dell cakap kat mak, mak kena belanja la kalau nak wat majlis kat kampung . Mak kata " ikutlah kau, urus sendiri.. " Masa ni sedih la, sebab mak dulu masa majlis kawen akak, mak tanggung semua . Tapi majlis ni, Dell yang tanggung semua ! tapi ta apa . Dell ikutkan jugak kata mak . tapi tiada majlis persandingan, cume pernikahan sahaja. tapi Dell akan jemput 400 org tetamu iaitu 200 kad sahaja. Dell dengan Daus akan buat dua Kad. satu nikah dan satu lagi majlis persandingan.majlis ni akan di adakan di Masjid Besar Segamat . Daus cakap nak solat Sunat nikah dekat masjid . Katanya sekali seumur hidup. Lain la kalau Dell bagi Dia Solat Sunat Nikah 3x lagi . hahaha . (nak kena pijak sayang aku nieh).

Jadi, berikut ialah senarai yang Dell buat untuk pernikahan sahaja :

1. Tok Kadi - NOT YET .
2. Kad Jemputan - Cetak Sendiri (Ala Inggeris)
3. Catering - 400org - NOT YET .
4. Baju Nikah - Color BRONZE - Lum tempah lagi sebab Dell nak diet ni. :)
5. Makup - NOT YET.
6. Photographer - Kawan Daus
7. Door Gift - 400pcs - NOT YET.
8. Khemah - NOT YET


No comments:

Post a Comment