“Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan hidup aku & keluarga pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang kami cari. Kuatkanlah kasih sayang kami sekeluarga.. Bantulah kami ketika kami tiada daya.. Elakkanlah keluargaku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hati kami kepada apa yang Engkau perintahkan.”

21 June 2011

Karnival Pengantin lagi.

Assalamualaikum kawan2. =D

Entri kali ni En. Tunang yang sampaikan. ^___^ . Hujung minggu ni ade karnival lagi ! yeay ! Dekat Medan Mara, Kuala Lumpur . Dah janji dengan dia nak keluar same2 . tengok lagi ape yang patut nak diisikan dalam majlis perkahwinan kami. En Tunang suh tengok web dia dekat mane entah. tapi tak jumpe . Then dia cakap ada keluar surat khabar.

Tarikh : 23, 24, 25 dan 26 Jun 2011
Hari : Khamis, Jumaat, Sabtu & Ahad





Kredit to : Festival Pengantin
Berikut adalah sedutan dari akhbar Utusan online:

"Kedua-dua akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu akan diedarkan kepada pengunjung Festival Pengantin 2011 yang berlangsung di Medan Mara di sini, selama empat hari bermula 23 Jun ini.

Turut hadir, Pengurus Pemasaran Wilayah Tengah Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Rosman Zulkifli dan Pengurus Dirich Vision, Mohammed Reza Ghazali.

Festival yang dianjurkan bersama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pelancongan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu menyasarkan 20,000 pengunjung.

Kata Nor Sharlina, festival tersebut turut bakal diserikan dengan majlis perkahwinan enam pasangan kakitangan Mara yang diarak di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman menaiki kereta antik serta disandingkan di tapak festival tersebut.

Katanya, Dirich Vision juga bercadang mempertingkatkan penganjuran karnival pengantin kepada skala yang lebih besar dengan melibatkan lebih 200 tapak jualan dan pertunjukan majlis perkahwinan dari seluruh dunia."

So, we'all akan pergi menjelajahi Medan Mara pada hujung minggu ni ! cannot wait ! (baru lepas gaji je . huahahahaha)

Jumpe sana ye kawan2 . Y___Y




No comments:

Post a Comment