“Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan hidup aku & keluarga pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang kami cari. Kuatkanlah kasih sayang kami sekeluarga.. Bantulah kami ketika kami tiada daya.. Elakkanlah keluargaku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hati kami kepada apa yang Engkau perintahkan.”

07 May 2012

Review Wedding : Henna (Inai)

[ Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ]
Assalamualaikum readers.^___^
huu. Tajuknya pun ada sedikit kemalasan dell nak cerita. 

Sebab ? 
Baiklah. 
kat sini pun bukan dell nak mengaibkab orang -___-.
Tapi ni luahan hati dell .
Oh ye , dell ada amik 2 packages henna . 
1 untuk 03.03.2012 dan satu lagi untuk 11.03.2012 (Orang berlainan )
ingat tak Dell cakap nak amik satu henna artist ni . 
ala... yang package inai dia macam ni.


DUA TONE HENNA
Price :RM 120 
Book/Deposit : RM30 (done)
Color : MERAH +MAROON
**
Pengantin perempuan:
*Atas Kaki ,
*Atas Tangan ,
*Telapak Tangan
*kuku kaki & tgn (full cap)
*pengantin lelaki - 3 jari

Dell dah konfem amik dia masa 03.03.2012. 
Package dtg rumah sekali RM120. Masa tu dah petang 2.3.2012 dah . dell kelam kabut plak tu. kebetulan, dell dah janji dengan sorang kawan baik nak jemput dia kat pekeliling malam tu. 

Rancangannya macam ni :
dell baru lepas beli barang dengan suami (tunang ag masa tu),
lepas tu petang tu dell nak balik kat subang . tunggu untuk pakai inai je la .
lepas tu daus g jemput kawan dell, then budak rumah dell ikut sekali mase jemput kawan dell kat pekeliling ni (name dia ome), lepas tu, budak rumah dell hantar daus ke rumah dia, then balik terus.. jadi sekali jalan je. 
lepas tu dell mesej akak ni (otw nak balik rumah. petang nak ke magrib).
Dia balas " akak sampai dalam pukul 10 malam "

Apa fikiran u'olls ? lewat bukan ?

mana taknya, pakai henna 2 jam , habis2 pukul 12 lebih . lepas tu nak tido awal lagi sebab dell kena bangun awal .
jadi dell mintak dia datang pukul 8 sebab dah inform awal . jadi habis tu dell terus tido. 
lepas tu, masa dalam kul 7 lebih gitu la (dell still otw nak balik subang dari ampang)

Akak tu mesej:
Dik, akak tak dapat datang, ade sedara meninggal. tapi akak gantikan dengan kawan akak. 
pastu dell balas (hati dah mule syak @__@ ): 
berapa kawan akak tu punye.
(malas nak tanye pasal ape tak dtg sebab takde mud terus).
dia balas :
sebab adik dah bayar deposit RM30, adik tambah lagi RM50.
(maknanya total RM170, sedangkan dell amik RM120 je dgn akak ni) 
Dell balas :
tak pela camtu kak . macam ni sy nak refund je la . sebab harga makin bertambah . lagipun sy booking akak, bukan orang lain. hasil seni akak yang sy nak, bukan orang lain.
dia balas :
akak paham dik. akak minta maaf sangat .
pastu dia call, dia cakap lagi minta maaf. dia cakap nanti dia refund .

dan dell ??
memang bengang gile !! sebab ?
ape u'olls fikir ?
Mula2 dia elak dengan melewatkan masa (dah nampak dia avoid)
lepas tu, last minutes terus gune alasan meninggal pula . dell paham bab2 meninggal. tapi dari awal lagi dia nak elak ? kenapa dia tak bgtau ade sedara sakit, then nak kena jaga ..
 sekurang2nya dell paham.
Dan rancangan Dell ??
 Totally LARI !T___T
Dell terus mesej akak diena yang untuk 2nd henna pada 11.03.2012 punye,
suruh dia datang rumah, pakaikan inai. nak tukar date. 
akak diena cakap :
akak kat shah alam ni. ada ekspo pengantin . adik datang la sini. akak tak boleh tinggalkan booth akak sebab kawn akak tak de. 
Lepas diskus dengan daus, kami direct g shah alam 
(masa tu dah nak sampai subang..one way)
masa tu hujan lebat macam paham perasaan dell tengah berangin. 
daus pula bising2 sebab malam sebelum kawen, kami tak boleh jumpa.
dell lagi la berapi2.T___T 

Ome dari kuantan dah nak sampai kat pekeliling. dari awal dah merayu dell suh ada kat situ sebab dia tak penah ke KL. takut . dell dah kelam kabut masa tibe shah alam tu, terus jumpe kak dina dan pakai kat situ je.

Harga memang menjunam gile sebab dell dah bayar RM50, jadi dia amik lagi RM70 sebab dtg kat situ je. keluar dari mall tu pun dell berkaki ayam sebab ada pakai henna kat kaki.

Jalan jammed (jumaat malam sabtu), hujan lebat sampai tak nampak jalan.
habis buat inai dalam pukul 10 lebih. Ome dah tunggu kat pekeliling hampir 2 jam.
Masa otw nak pergi amik Ome, boyfren ome call marah2. Daus dengar boyfren ome marah2 bila call, dia pulak makin berapi . Yang peliknya, ome tak marah pun. Dell dah susah hati . Daus bawak dah laju gile sampai nak eksiden sebab nak masuk KL semula . dan 11 lebih baru dapat ambik Ome. dan hantar daus, akhirnya kami sampai rumah pukul 12.30am (patah balik gi subang lama). 

Dell tak tido sebab pakai henna kat kaki sampai pukul 3.30pg. tido . pukul 6.00pg bangun, solat. kemaskan doorgift masa nikah, then baru mandi.
GARA2 henna artist yang first tu .
betul2 sakit hati dan stress!!
dengan tido tak cukup . dell langsung tak tido sebab lepas nikah, straight balik segamat untuk majlis . sampai kul 8 lebih. Sambung betulkan hantaran . 
Penat2. dan penat. T__T
Pengajarannya : Konfemkan betul2 dengan vendor pukul berapa sampai kul berapa dan make sure ada backup kalau boleh.
oh ye. Hasil henna kak diena boleh memuaskan hati. walaupun kelam kabut, dia berjaya hasilkan henna yang dell nak . 
taraaaa ; ^__^
dgn Ome. ^__^


Yang Tulus Mulus,
Dell

4 comments: