“Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan hidup aku & keluarga pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang kami cari. Kuatkanlah kasih sayang kami sekeluarga.. Bantulah kami ketika kami tiada daya.. Elakkanlah keluargaku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hati kami kepada apa yang Engkau perintahkan.”

21 September 2012

Pavlova Idaman


Assalamualaikum. ^__^
Entri tentang : MENGIDAM PAVLOVA.

Nak cerita tentang Pavlova yang memang dari tengah2 mangandung sampai sekarang asik mahu beli. Ah. Sungguh asyik.
Masa baby dah masuk 4 bulan lebih, dell mengidam nak makan pavlova. Tercari2. oh. Sangat mahal harganya bila dok survey2. Then, dell try tanya akak office, tahu tak mana nak cari. 
Dia cakap, try dekat Serai Empire Subang. Oho. Balik kerja, terus pergi. Tak jumpe. Jalan2 antara bangunan di depan Empire Subang.(Kami failed jalan area sini).
 Husband tak boleh bising sebab tau dell mengidam.
Lepas tak jumpe tu, balik terus. KUCIWA RASA ! Y__Y
Tekak dah rasa2 keindahan pavlova tu. - Tak penah makan oke !
Dell survey lagi mana nak cari. masa tu tak terpikir pun nak order sebab harga sangat mahal untuk sebiji pavlova. Padahal nak makan sorang je. 
Seminggu lepas tu, tanya akak tu balik. Rupanya, di belakang sekali Empire Subang tu. -__-
Terasa diri bebal dan guna google maps. (tak pandai tgk map)
Ngadu kat husband, rupanya husband tau mane tempat tu. waaaaa . ~___~
Balik kerja tu, pergi lagik ! dan finally, JUMPEEEE ! Yeeee Pee..
Oh, beli la 1 slice je . Harganya RM15.90/slice. Eh, mahalnya. Tapi ikutkan tekak yang dah menjerit2, beli juga . Pergi kat kedai teh tarik, makan situ. nyummmm . Nasib berbaloi dengan harga dia .
SEDAP BETUL ! Check Out their web oke !



Then, selang seminggu memang rasa nak makan lagi, cari2 . 
Jumpe satu blog cite pasal dia beli pavlova. dekat FB je . Dia jual setiap hari Rabu & Jumaat kot. 
Harga murah. Dia jual, self pickup. inform kat facebook. Tak payah order . Kira hari rabu atau jumaat is Pavlova day ! yeay ! dia inform kat FB cakap boleh amik kat rumah dia. Cepat2 msg dia and order. Pastu, cakap lambat sket. Then bila sampai kat tangan, 
makan. Subhanallah. Sedap ya ampun. PUAS HATI.
Self pickup kat rumah dia. Dekat je dengan rumah ayah Dell . hihi. Husband pergi amik.
setakat ni dah 2x dell order dari dia. 
Size : dalam bekas yang sederhana besar tu . 
RM15/bekas
Passionate About Cheese by WONDERFUL TOUCH ENTERPRISE (001971903-P)

Order here: Izzah (PAC Owner)
T: 012-9315062
E: izzah.hms@gmail.com
A: AU2 Keramat, Kuala Lumpur MALAYSIA



Lepas tu, carik lagi. kali ni, dekat dengan rumah. Oho. ni pun dapat masa dell masuk competition dia anjurkan. Try beli yang mini pavlova punya.
TEHA DESSERT.
RM1.80/pc
Masa tu bulan puasa. Tak dapat makan lagi masa self pickup tu. Cume msg adik tu cakap, bau dia sedap. tak sempat borak lama2 sebab masa tu nak dekat berbuka and kena tolong mother in law.

Memang sedap oke ! 
Boleh try tanya kat :


Now, husband plak tergila2 pavlova. dia cari lagi masa nak dekat raya . masa tu nak dekat balik kampung. Kebetulan, orang yang buat pavlova ni, orang Segamat . Harga RM30. Murah lagi. 
Masa husband email tu, dia cakap tak boleh . then boleh plak sebab dia balik kampung husband dia kat Segamat, ada oven katanya. Sama tempat yang kami tuju untuk balik beraya. Dekat je dengan kampung Dell. kira jiran sebelah kampung je lah. Kami sampai lewat petang sebab masa tu hujan lebat. dia mesej, dia dah tunggu kat kampung dell. Dia cakap harga jadi RM25 sebab hangus sedikit. Wah, ini sudah kira rezeki hari terakhir puasa . Then, lepas berbuka tu, daus jamu kami sekeluarga pavlova tu. Aduh, Minta maaf sangat2, tak sedap langsung . Rasa telur dia, pekat sangat ! -___-
wuuuwuuuwuuu. tak habis dan buang ! dell tak mau letak sapa pembuat dia sebab nanti tutup periuk nasi dia. 


Then, yang latest beli ni, amik kat adek Teha je, 1 layer pavlova . macam biasa, sungguh sedap ! ^___^
RM35/1 layer tau .

Dell teringin nak buat, tapi sayang, oven dengan mesin kek belum beli lagi ! Habis dekat barang baby je sekarang ni. takut over budget . huhuhu . 
Nah, ni ada cara2 macam mana nak buat pavlova. 

Bahan-bahan
  • 4 biji putih telur
  • 1 cawan gula castor
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh cuka masakan
  • 1/2 sudu besar tepung jagung 
Topping/hiasan 
  • 1 cawan (240 ml ) whipping cream
  • 1 1/2 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
Cara membuat

  • Pukul putih telur dengan perlahan.
  • Masukkan gula satu sudu demi satu sudu sambil putar dengan laju sehingga putih berkilat.
  • Masukkan esen vanilla dan gaul.
  • Masukkan tepung jagung dan cuka beserta gaul.
  • Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius.
  • Masukkan adunan ke dalam oven.
  • Setelah 15 minit turunkan suhu kepada 140 darjah celcius.
  • Bakar selama satu jam.
  • Setelah siap dibakar, buka pintu oven sedikit dan tunggu sehingga meringue betul-betul sejuk sebelum dihias dengan menggunakan whipped cream dan buah-buahan masam seperti strawberi, kiwi, blueberi.
Petua : sejukkan bekas dalam peti sejuk dulu sebelum masukkan whipping cream & bahannya .


Mudah kan bahan2 dia. takpelah . tunggu nanti dell beli oven. tibe2 dah jadi penjual pavlova yang femes . keh keh . ^__^
Selamat mencuba resepi ini dan selamat membelinya juga !

P/S : follow http://hospitaluntukbersalin.blogspot.com/



Regards,
Dell

8 comments:

  1. DILA teringin sgt nak rase pavlova nie...dulu2 mule2 mcm xberkenan,sebab mcm penuh cream sangat tp bile dah slalu tengok, bace feedback org yg mkan pavlova ni jadi teringin pulak, meleleh tgk cream dye tu..hehehe
    sampai sekarang masih belum pernah rase lagi :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehe . Tu la . Dell pun sama macam dilla gak . tp bile preggy ni, over2 lak nak . tu cari tu. Kadang2 bile beli murah punya, tak tahu sedap ke tak . Yang mahal tu kadang2 sedap dia over betul . ^___^ try dulu .

      Delete
  2. Dell, da foLLow!
    thanks for visiting =)

    BTW, mahaL ek pavlova.nmpk cm biase2 jek.huhu. nih fav scha alyahya 2kan??

    sya xminat sgt cz tgk cm byk buah jek.tp since kamu kate sedap, rs nye wajib cube nih! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orked ! yeah. hihi. Aaah . tu yang dia beli kat Alexis rasanya ! tp situ mahal wooo ~ -___- wajib cube oke !

      Delete
    2. Dell. sya xtuka profile name sbb mmg dr dLu cm2.tp real name - SYA. hehehe.sume pnggL orked, layan kan aje..hehe

      pavlova tu kLW order kt kdai2 bese rs nye sdp gk x?kene cube cpt nih sebeLOm start diet extreme! hahaha

      Delete
    3. Haha . comel ape panggil ORKED ! klasik tu ~ ^__^
      Kalo kedai, biasanya mahal la . Kedai yang dell tau pun 2 je .
      Serai & Alexis (Schawal tu~).
      Baik order je . sebab rasa pun sedap dan harga berbaloi !
      =) Selamat ye menjamu selera !

      Delete
  3. waa tq dell. lepas baca entry dell, kita terus tempah kat Izzah (PAC) utk birthday kawan kita. besttt! :)

    ReplyDelete
  4. dell..
    same la kite pon ngidam pavlova tp smpi skang da dekat nk bersalin still x merasa lg..
    sbb nye org kate manis sgt..
    kite ni manis kurang..
    kang beli2 mkn nye secubit je..

    kite da follow blog awk!
    happy sharing..^_^

    ReplyDelete