“Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan suamiku pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang suamiku cari. Kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang. Bantulah suamiku ketika aku tidak mampu membantunya. Elakkanlah suamiku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hatinya kepada apa yang Engkau perintahkan.”

21 November 2012

Belum Beranak + Air Selusuh

 Assalamualaikum . ^___^
sihat ? Wuuu. Dell belom beranak lagi. Mula dah rasa ragu2 dengan date period hari pertama . Betul ke ?
Atau pun  baby terlalu seronok duk dalam sampai tak mau keluar.
Macam2 dah buat termasuk minum air selusuh yang dibuat husben. Mengikut cakap doktor, kepala baby dah kat bawah, tp entah nape belum masuk lagi tempat sepatutnya. Btw, birthday dell esok. Adakah baby akan keluar esok ? Mother in law pesan suh cakap kat baby. cepat2 keluar. tiap2 malam dell cakap.
Semalam minum air selusuh. Nak tau apa air selusuh ?
AIR SELUSUH ialah air untuk ibu-ibu memudahkan bersalin.  Google punya google, ada yang cakap bagus, ada yang cakap bagus. -___- mak mentua dell dengan mak dell dah tanye, dell dah ada air selusuh ke. Dell cakap takde . Tapi disebabkan baby tak kua lagi, dell buat juga.. Husband yang buatkan. Kebetulan mak mentua bagi air zam-zam. Semalam gak dell minum dengan harapan baby kua sama befday dengan dell. ^___^  Nak tau cara2 buat air selusuh ? Ni sumber yang dell dapat after google2.

Penyediaan air selusuh (yang terbaik, disediakan oleh suami);
Untuk diminum 2 kali setiap hari; pagi dan malam (bermula minggu ke-30 kandungan *lain orang, lain pendapatnya berkenaan bila masa terbaik utk menggunakan air selusuh), dimulakan dengan selawat.


1. Minyak dan air zam-zam di bawa bersama ketika solat hajat. (letak di hadapan sebelah kanan); 

2. Setelah selesai solat hajat, bacakan doa-doa ini (mengikut kadar dan bilangan yang digemari) ke atas air dan minyak tadi

1. Al-Fatihah
*bacaan bertajwid {Sini}


(1) Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
(3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(4) Yang menguasai hari pembalasan
(5) Hanya kepada engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
(6) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
(7) (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

2. Selawat Syifa
*bacaan bertajwid {Sini}


Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad SAW yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberikan kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat baginda.

3. Al-Hashr; ayat 21-24 {Sini}.



(21) Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir.
(22) Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia. Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
(23) Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia, Maha Raja yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang menjaga keamanan, pemelihara keselamatan, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa. Yang Memiliki segala keagungan. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
(24) Dialah Allah yang Menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa, Dia memiliki nama-nama yang indah. Apa yangdi langit dan di bumi bertasbih kepada-Nya. Dan Dialah yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.

4. Ayat selusuh



Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.

5. Al-Insyiqaq; ayat 4-5 {Sini}


(4) dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong
(5) dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya patuh.

6. An-Nazi'at; ayat 46.


Pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu (kerana suasananya hebat), mereka merasa seakan-akan hanya (sebentar saja) tinggal (di dunia) pada waktu petang atau pagi hari.

7. Ayat permudah

Ya Allah, permudahkanlah dan jangan kau sukarkan isteriku kerana engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagimu, ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatmu, ya arhamarrahimin.

Selepas baca doa-doa tersebut, tiup di air yang disediakan (sebaiknya air zam-zam). Air diberi minum seminggu sebelum tarikh jangka kelahiran bayi dan disapukan di perut ibu dari atas ke bawah diserta dengan selawat sebanyak tujuh kali. Air / minyak diminum satu sudu ketika sakit mulai terasa. Bagi ibu yang menghadapi masalah bayi melintang, sapukan air dari perut ke bawah, betulkan kedudukan bayi kemudian diberi minum air.

Selain dari tu, boleh cuba amalkan surah2 lain ye. ;)

  • Ayat Kursi {Sini}
  • Doa Supaya Mudah segala urusan dan Hajat {Sini}

PETUA MUDAH BERSALIN
  • 2 minggu sebelum bersalin, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga
  • Bila dah start sakit nak bersalin, telan sebiji telur mentah
  • Selain telur mentah, boleh minum milo/ susu/ kopi yang dah dibancuh dengan 2-3 sudu marjerin untuk laluan cepat terbukak. Sebelum minum, baca selawat nabi, al fatihah & doa nabi yunus
  • Rebus epal hijau pastu makan masa tengah sakit tu...
  • Amalkan baca surah Maryam {Sini}
  • Masa dalam labour room, banyakkan baca doa nabi yunus berulang kali serta "Ya Fattah" banyak2 kali supaya laluan bayi cepat terbuka n kurangkan rasa sakit
  • Minum air selusuh
  • Amalkan minum air kelapa hujung2 nak bersalin.
  • Makan kurma dalam bilangan ganjil
  • Banyakkan berjalan, jangan malas.
  • Amalkan makan sayur bendi. kalau boleh hari2
  • Untuk senaman pulak, masa kat bilik air duduk mencangkung dengan tangan menahan kat dinding then cuba berdiri perlahan lahan. Buat banyak kali. Boleh dibuat apabila usia kandungan 38 minggu ke atas.
  • Duduk bersila, temukan kedua dua tapak kaki, pegang jari2 kaki tu pastu tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
  • Masa meneran dalam labour room, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina koyak/ koyak banyak.
  • Amalkan menyapu minyak zaitun di sekeliling lubang faraj untuk melembutkan bahagian tersebut, so takde mudah koyak/ koyak banyak.
  • Petua dr Fadzilah Kamsah, rajin2 main dengan janggut suami..
  • Masa tengah sakit tu, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit makin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat2.
  • Baca surah Al Insyiqaq ayat 1-4 {Sini}
  • Baca surah Abasa ayat 20 {Sini}
  • Baca surah An Nahl ayat 78 {Sini}
  • Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali then hembuskan dalam segelas air.
  • Banyakkan "bersama" ketika nak dekat due date.

    Selain daripada itu, amalkan doa Nabi Yunus;

    لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

    Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim

    Ketika mula sakit hendak bersalin, perbanyakkan tasbih dan zikir


    Maha Suci Allah


    Aku memohon ampun kepada Allah

    Bila saat-saat hendak bersalin, boleh la dibaca



    Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah


    Adeh, banyak kena amalkan ni. Ingatkan amal yang biase2 je . wuuu. T___T
    Banyak rupenya. DOAKAN semua diapermudahkan-Nya ya kawan2.

Regards, 
Dell

4 comments:

  1. saya dulu ayah buatkan. dan start minum bila dah sampai due (26.03.2012). last2 bersalin 01.04.2012. seminggu minum air selusuh tp tak sakit pape pun. hihi.
    anw, selamat berkenalan. :)

    ReplyDelete
  2. dah bersalin ke dell?
    semoga sihat-sihat belaka ye~

    ReplyDelete
  3. Salam.. dalam banyak banyak petua tu.. saya sangat bersetuju dengan doa Nabi Yunus.. Sangat mujarab berbanding yang lain :)

    ReplyDelete