“Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan hidup aku & keluarga pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang kami cari. Kuatkanlah kasih sayang kami sekeluarga.. Bantulah kami ketika kami tiada daya.. Elakkanlah keluargaku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hati kami kepada apa yang Engkau perintahkan.”

14 May 2013

Al-Fatihah

Assalamualaikum.

Dah lama Dell nak tulis entri ni, tapi tak berkesempatan. T__T
Dell nak cerita tentang seorang hamba Allah yang Dell kira sebagai satu pertemuan sebelum
Dell berjumpa destinasi hidup Dell.
Ya, hamba Allah yang telah pergi selamanya. Berjumpa Maha Pencipta.

Pertama kali kami berkenalan, ya, dalam laman muka buku. Beliau bersahabat dengan seorang bekas teman baik Dell. Kami cuma berchit chat, dan seberapa lama akhirnya kami bertukar no. telefon.

Waktu ini, hati Dell masih belum dimiliki sesiapa. Dell sedang sibuk mengejar hal-hal sewajar dengan usia 21 tahun. Dia, arwah sedang cuba mencari cinta dalam jiwa Dell. Mungkin ada silap Dell ketika ini, memberi harapan yang tidak sepatutnya. Dia selalu menghubungi Dell, hampir setiap malam, berborak. Isu semasa, hiburan, pelajaran dan akhirnya menyentuh perasaan beliau.

Pertama kali berjumpa, arwah datang untuk temuduga di tempat Dell bekerja sebagai designer.
Not bad. walaupun agak berisi orangnya. Selepas ditemuduga, dia balik.
Dan sempat menghantar SMS, "Awak cantik". (dalam hati, manisnya sms dia, berapa sudu gula dia letak ni)

Dan selepas tu, kadang2 weekend kami hang out. keluar makan. tengok wayang. Macam lagak bercinta gamaknya. Pernah ada sekali tu, Dell merajuk. Tak ingat kenapa. Dia datang jauh2 kat tempat kerja, semata2 nak pujuk Dell dengan belikan coklat.

Dan pada ketika inilah, Ex Dell datang balik, dan entah kenapa, Dell minta maaf dengan Arwah, dan katakan padanya, yang tu cuma kawan biasa. Dia bertanya macam2 dan berharap Dell setia. Eh, kami tak bercinta dan dia tak pernah cakap nak bercinta. Mungkin teman tapi mesra.

Suatu malam, entah bagaimana, dia mengakui yang dia dah lama meminati Dell. Lama dah, semenjak dia kawan dengan bekas teman karib Dell. Apa yang dia mahukan pada seorang wanita, ada pada Dell. Emm. Kesilapan yang Dell buat ialah Dell menyatakan hasrat mahu berkawan dulu, mengenali hati budi dia disebabkan terlalu singkat perkenalan. Dan Dell cuba untuk tidak berkawan dengan mana2 lelaki pun sedangkan waktu itu, Daus dah ada disisi.

Dell ingat lagi, dia pernah celebrate birthday Dell. Kami keluar seharian. Memang happy. Kalau kata kami bercinta masa tu, mesti Dell orang paling bahagia. Tapi tak. Dell cuma happy sebagai seorang kawan. Kesilapan Dell, melayan dia lebih dari seorang kawan.


Dia bebas bercerita dengan Dell. Cerita kisah silam dia, family dia. masalah dia. Dan sampai sekarang, Dell masih pegang rahsia besar arwah. Dell percaya, kawan baik dia, adik beradik dia, adik beradik angkat, semua tak tahu rahsia itu. Memang berat pegang rahsia ini, tapi ini amanah. Even Daus sendiri pun tak tahu.
Ada satu hari tu, birthday dia. Dell sambut kat di Damansara Perdana. Masa ni Daus ada. malah ada juga ada adik angkat dia beserta beberapa kawan Dell. Seronok. Mungkin ini birthday awak yang terakhir kita sambut bersama. Sebab dalam waktu ini, hati Dell dah terpaut pada Firdaus.

Dalam mengenali dia, Dell sedar, Dell tak mampu menipu dan memaksa hati untuk terima dia.
Dan suatu malam, Dell tolak dia. Dell cakap, kita cuma boleh berkawan baik.

Kecewa. Itu yang dia rasa . Maafkan aku, aku cuma tidak mampu menipu perasaanku.
Agaknya, dengan perasaan kecewa itu, dia meluahkan rasa hatinya kepada teman2 rapat beliau.
Mungkin dia katakan pada kawan2 baik dia yang Dell ni penipu. MUNGKIN.

Sejak itu, kami tak rapat dah. Dia selalu update kat laman sosial tentang apa yang dirasa, apa yang dibuat. Even dekat situ, ada yang komen2 negatif yang katakan tentang Dell. Biarlah.

Dalam masa ini, Daus sudah pun menjadi tunangan. Kami masih berhubung, cuma tak sekerap seperti dulu. Dalam masa bertunang, ada sekali tu je Dell keluar bersama dia. Itupun Daus tak tahu. Dia luahkan lagi apa dia rasa. Dan ketika itu juga dell cakap itu yang terakhir kami berjumpa.

Mungkin sudah menerimanya, dia datang masa hari perkahwinan kami. Alhamdulillah.
Dan selepas beberapa lama, beliau sambung belajar dan dapat pergi ke London. Impian dia.

5 Disember - Khabar berita yang mengejutkan. Dell mengetahui dari seorang teman bahawa dia telah pergi. Memang terkejut sangat. Macam tak percaya. Sebab selalu tengok dia update status dia. Tiba2 dah tiada.

Mungkin ada yang beberapa orang teman dia yang ingat Dell tak tahu. Masa ni Dell masih lagi berpantang. Dan ada yang remind me dekat blog minta didoakan kesejahteraan arwah sedangkan Dell terlebih dahulu mengetahui pasal ni daripada dia. Ya Allah, kena tulis ke doa berjela2 dekat laman dia ?

Dan tak paham, ada yang tagged gambar arwah bersama2 bukan muhrim.
Emm. Bukan nak cakap Dell ni tinggi sangat ilmu agama. Tapi kan bukan kah kita menyeksa arwah di sana ?
Biarlah doa yang Dell berikan, tak perlu menjadi tatapan umum.
Even buat kenduri tahlil pun, tak perlu beritahu satu dunia. Nampak seolah2 tidak ikhlas.
Tak perlu lah bercerita seolah2 arwah masih hidup.
Tak perlu lah tagged gambar arwah bersama bukan muhrim.

Insya'Allah, doa yang diberikan kepada arwah sampai padanya walaupun tidak beritahu satu dunia.

Al-Fatihah sahabatku. Moga kau tenang di sana.

Regards,

2 comments: