“Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan hidup aku & keluarga pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang kami cari. Kuatkanlah kasih sayang kami sekeluarga.. Bantulah kami ketika kami tiada daya.. Elakkanlah keluargaku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hati kami kepada apa yang Engkau perintahkan.”

04 June 2013

Bayi 6 bulan JATUH.

Assalamualaikum.
Hoho. Nak cerita pasal baby jatuh.
YA, Afham jatuh dari katil. T___T Katil setinggi 1 kaki.
Maafkan ibu sayang ! salah ibu sebab tertidur. Waa.
Orang cakap, itu macam satu tanda bayi berumur 6 bulan.
Tapi yang Dell rase, itu petanda Afham semakin lasak. @__@

Malam Ahad tu, kami baru sampai dari kampung. yela, sedara kawen. Pergi gak balik walaupun 2 hari je stay kampung.
Sampai rumah dekat pukul 11 malam, tukar baju baby Afham, bersihkan dia. dan sempat gak main2 dengan dia walaupun dah tutup lampu masa tu. Afham memang camtu bila sebelum tidur. Suke tunjukkan kemanjaan dia bile nak tidur. Hehe.
Nak tidurkan dia pun kena berselawat mendayu2, tepuk2 kaki... gerak sana, gerak sini dengan mata kuyu..
dan, yes. tidur.
Lepas tidurkan dia, Dell suruh hubby jaga jap sebab risau dia golek2. Dell mandi dan masuk tidur.
Afham akan bangun 2 kali untuk menyusu..
Pukul 2pg sekali, pukul 4-5pg sekali.
Katil memang dirapatkan ke dinding kanan untuk elak dia jatuh, dan dell plak tidur sebelah kiri. Jadi posisi menyusu adalah breast kanan. Biasa lah bila dia dah hisap, mcm tak kenyang. Dell pun tarik dia ke tengah sikit, bagi sebelah kiri.

Kebiasaannya, Dell memang akan bangun lepas menyusu sebelah kiri, tukar balik kanan sebab nak hadang dia dari golek2 semasa tidur. Entah camne kali ni, Dell tertidur dan tak hadang dia. Penat sangat agaknya. Tibe2,dengar Afham menjerit nangis. Kuat.. Y___Y
Entah macam mana dia boleh tergolek ke hujung katil (even hujung katil tu jauh lg)
Hubby pon melompat bangun terkejut. Dia tidur luar malam tu.

Teresak2 Afham menangis. Bagi kat abahnya, tak mau.
Nak dengan Dell jugak.
Rasa serba salah dan kesian kat dia. Yela, baby 6 bulan, apa la tau. Kita yang besar ni jatuh katil pun sakit, inikan plak dia. Dell susukan dia, sambil tu tengok ada bengkak2 tak. lepas dah berenti nangis tu, dia boleh senyum dan ajak main2 sampai tertidur sendirinya.

Esoknya, sepanjang hari Dell rasa serba salah. Dan sedapkan diri, Dell cuba google pasal bayi 6 bulan yang jatuh. Kebanyakan negatif je. Hati dah gundah gelana . Kejap2 mesej Hubby yang Dell serba salah dengan Baby Afham, risau dan macam2 lagi la.

So, balik tu, jemput dia dari rumah baby sitter, nampak Dell terus senyum. Huh. Alhamdulillah, legaaaaa sangat. Afham takde tanda2 yang Dell google kat internet tu.
Nah, ni sedikit tips yang Dell google dari internet:
1. Sekiranya bayi terjatuh, tenangkan bayi dahulu, kemudian berikan susu ibu atau susu formula. Susu ibu adalah terbaik kerana posisi bayi akan berada dalam pelukan ibu dan bayi akan berasa lebih tenang selepas terjatuh.
2.Tengok jatuh mana dulu. Di depan kepala (dahi) or belakang (belakang lagi bahaya)
3. Rabalah seluruh bahagian kepalanya dengan sedikit penekanan bagi memastikan terdapatnya benjolan, kesakitan, atau "dekok" (fraktur mampatan) di kepala.

4. Jika ubun-ubun belum tertutup, rabalah ubun-ubun dan pastikan sama ada ia membonjol atau tidak. Ubun-ubun yang membonjol menunjukkan adanya peningkatan tekanan dalam otak, boleh berlaku kerana pendarahan
 
5. Kalau benjol, cepat2 tuam dengan ais! bukan air suam.Tak payah bawa ke hospital. Kalau retak pada tengkorak saja, doktor kata ianya cepat sembuh dan tempat yg retak sedikit tadi biasanya akan lebih keras dr tulang tengkorak lain.
6.Perhatikan tindakbalas bayi..sekiranya bayi muntah, perlu perhatikan bagaimana cara bayi muntah. Samada bayi muntah meleleh ataupun muntah yang terpancul jauh.
7. Sekiranya bayi muntah terpacul, terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga,pengsan,sawan, lebam belakang telinga, anak tak aktif, perubahan fizikal seperti muka herot, atau jalan tidak stabil perlu segera bawa bayi berjumpa doktor pakar kanak kanak.
8. Elakkan tidurkan bayi semula immediately selepas jatuh.
9. Elakkan letak bayi didalam buai kerana buaian boleh memberi kesan kepada gegaran sekiranya ada.
10. Parents perlu kawal panik anda kerana sekiranya parents panik, bayi akan turut berasa lebih tidak selesa.
11. Kesan2 di atas di pantau dalam masa 24 jam.

Langkah-langkah Pencegahan bagi mengelakkan kejadian jatuh dikalangan anak-anak terjadi:
  • Untuk bayi yang kurang daripada 6 bulan, apabila sudah boleh berguling, seelok-eloknya diletakkan ditempat yang selamat ketika tidur / berbaring. 
  • Bila anak sudah boleh berdiri, berikan pelindung di tempat tidurnya.
  • Bila anak sudah boleh berlari, awasilah dengan ketat dan sepatutnya.
  • Elakkan penggunaan baby walker tanpa pengawasan orang dewasa.
  • Pastikan keadaan lantai bebas licin.
  • Pastikan anak-anak kecil disekitarnya bermain dengan baik dan tidak membahayakan sesama sendiri. 

Bersama Abahnya. =)
 P/S: Balik kerja semalam, terus bukak katil. Tinggalkan tilam je kat bawah. huhu.

Regards,
Dell

3 comments: